Antara faktor penting dalam memilih rumah: Dekat tak dengan tempat kerja? Banyak traffic jam? Senang ke nak balik kampung? Berapa kaki persegi (kps)? Ada bilik spare tak, kalau mak abah nak singgah? Dekat tak dengan sekolah yang baik? Ada mamak, ada 99 SpeedMart, ada klinik? Ada parking? Ada gym dan swimming pool ke (yang anda mungkin tak akan guna tapi bunyinya gah bila bagitau member)? Adakah ia kawasan berpagar? Ada pak guard? Pernah berlaku banjir? Anda juga mungkin nak pilih antara jenis-jenis rumah yang berbeza seperti kondominium, apartmen, rumah teres, semi-D, banglo, dan juga SOHO. Bila anda dah tahu apa yang anda mahu, sangatlah penting untuk anda cari ejen hartanah yang mempunyai rekod baik. Kenapa perlu ejen hartanah? Kerana ejen hartanah yang bagus akan nasihatkan anda tentang banyak perkara seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju.
Liza Khalid adalah ejen hartanah berdaftar di Landsworth Properties Sdn Bhd. Beliau aktif dalam urusan jual / beli / sewa hartanah sekitar Selangor, Putrajaya dan KL. Sekiranya anda ingin membeli / menjual / sewa hartanah, boleh hubungi beliau melalui telefon atau whatsapp di 011-13168710