Antara faktor penting dalam memilih rumah: Dekat tak dengan tempat kerja? Banyak traffic jam? Senang ke nak balik kampung? Berapa kaki persegi (kps)? Ada bilik spare tak, kalau mak abah nak singgah? Dekat tak dengan sekolah yang baik? Ada mamak, ada 99 SpeedMart, ada klinik? Ada parking? Ada gym dan swimming pool ke (yang anda mungkin tak akan guna tapi bunyinya gah bila bagitau member)? Adakah ia kawasan berpagar? Ada pak guard? Pernah berlaku banjir? Anda juga mungkin nak pilih antara jenis-jenis rumah yang berbeza seperti kondominium, apartmen, rumah teres, semi-D, banglo, dan juga SOHO. Bila anda dah tahu apa yang anda mahu, sangatlah penting untuk anda cari ejen hartanah yang mempunyai rekod baik. Kenapa perlu ejen hartanah? Kerana ejen hartanah yang bagus akan nasihatkan anda tentang banyak perkara seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju.
Jika anda ada impian untuk membeli rumah baru, ikuti tips ini. Pinjaman rumah anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar. Jadi kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 sebulan untuk pinjaman perumahan. Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi. Ada cara untuk berjimat dalam membeli hartanah: Anda boleh keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk membantu membayar pinjaman. Tengok inisiatif kerajaan seperti PR1MA, PPR, RUMAWIP dan Rumah Selangorku. Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera. Ada sesetengah pemaju yang menawarkan pelbagai pakej, rebat pembeli awal, rebat bumiputera, Internet percuma, perabot dan peralatan elektrik percuma, serta banyak lagi. Jadi jangan segan untuk tanya ejen yang menguruskan penjualan rumah ter...